Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar disahkan negatif COVID-19.

Unit Komunikasi Korporat JKSM dalam satu kenyataan lewat malam tadi, memaklumkan Mohd Na’im menjalani ujian berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif virus tersebut, Isnin lepas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Pengarah JKSM telah menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Okt di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya dan keputusan didapati negatif.

“Beliau sehingga hari ini juga dalam keadaan sihat dan tidak bergejala,” menurut kenyataan itu.

Zulkifli menghadiri majlis perasmian dan penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 anjuran JKSM yang turut dihadiri Mojd Na’im di Movenpick Hotel and Convention Centre, Sepang, Selangor pada 29 dan 30 Sept lepas.

— BERNAMA