Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat lima kluster baharu Covid-19 yang telah dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak dua kluster melibatkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Sarawak masing-masing mencatatkan satu kluster.

Jelas beliau, kluster di Sabah iaitu Tujuh Serangkai dikesan di daerah Tuaran, Sabah di mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-11,569 telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Kata beliau, saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif dan sehingga hari ini, sejumlah 325 individu telah disaring dan keputusan saringan adalah 23 kes dikesan positif dan 302 individu masih menunggu keputusan.

“Kluster kedua di negeri itu adalah Tanamera telah dikenal pasti di Tawau di mana indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-12, 868 telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 29 September lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

“Saringan kontak rapat telah mengesan lapan lagi kes positif dan sehingga hari ini, sejumlah 13 individu telah disaring dan eputusan saringan adalah sembilan kes dikesan positif,  satu individu negatif dan tiga individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham memberitahu, Wilayah Persekutuan turut mencatatkan kluster baharu iaitu Jalan Pantai di Lembah Pantai di mana kes ke-14,265 dan kes ke-14,266 telah dikesan positif hari ini hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Jelas beliau, saringan kontak rapat telah mengesan enam lagi kes positif Covid-19 dan sejumlah 15 individu telah disaring dan keputusan saringan lapan kes dikesan positif dan
tujuh individu masih menunggu keputusan.

Tambah, Kluster Bah Arnab pula muncul di Sarawak di daerah Kuching iaitu kes ke-13,488 dikenal pasti positif semalam hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dari Sabah dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Saringan kontak rapat telah mengesan tiga lagi kes positif Covid-19 dan sehingga hari ini, sejumlah 20 individu telah disaring.

“Keputusan saringan adalah empat kes dikesan positif Covid-19 dan 6 individu adalah negatif, katanya.

Kluster terakhir kata Noor Hisham, adalah Bah Bangat yang telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan di mana  kes ke-12,377 positif Covid-19 pada 3 Oktober lalu hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dari Sabah.

“Saringan kontak rapat telah mengesan lapan lagi kes positif dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Labuan untuk rawatan.

“Sehingga hari ini, sejumlah 45 individu telah disaring dan keputusan saringan sembilan kes dikesan positifd an  individu masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette