Rezeki Cik Manggis terbuka luas selepas berhijab.

KUALA LUMPUR – Biarpun kerjaya seni dalam kalangan selebriti terjejas dan hilang punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sehingga PKP Pemulihan ketika ini, lain pula rezeki yang diterima ahli kumpulan De Fam, Cik Manggis.

Siapa sangka, Cik Manggis, 31, atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin melahirkan rasa syukur kerana pintu rezekinya kian terbuka luas apatah lagi dia nekad berhijab sejak lima bulan lalu.

Terbaharu, pelakon dan pengacara itu dilantik sebagai duta barangan mandian jenama tempatan, Xorra Body Wash ketika syarikat-syarikat sedang mengambil langkah-langkah penjimatan.

Menurut Cik Manggis yang isteri kepada Syazmin Amin, ini pertama kali dia menerima tawaran menjadi duta untuk apa jua produk di mana impiannya telah menjadi kenyataan

“Terima kasih semua terutama peminat dan juga pelakon Ashraf Muslim yang mencadangkan nama saya pada awalnya. Produk ini sangat istimewa sebelum saya jatuh cinta dengan jenama Xorra ini.

“Apatah lagi selepas mengenali pengasasnya, Puan Zohrah Razak yang lemah-lembut orang dan penuh sifat keibuan. Justeru saya tidak sabar mahu menjadi sebahagian daripada keluarga produk ini,” katanya pada majlis pelancaran Xorra Body Wash di Cyberjaya baru-baru ini.

Cik Manggis dah Zohrah Razak (kanan).

Xorra diasaskan Farmasia Sdn. Bhd yang mana Zohrah adalah pengarah urusan syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal sejak 20 tahun lalu kerana meggabungkan kecantikan dan sains dan terletak di UKM-MTDC Technology Centre di Bangi.

Mengulas lanjut, Cik Manggis memberitahu, selepas berhijab, dia selalu berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menjadi duta mana-mana produk kerana tidak pernah merasa pengalaman itu sebelum ini.

Jelasnya, seminggu kemudian, keajaiban berlaku dan doanya telah dimakbulkan-Nya.

“Bukan satu, tetapi ada empat tawaran duta yang datang serentak,” katanya penuh terharu.

Sementara itu, Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam tiga haruman iaitu RosePetals, Morning Breeze dan Sakura Spring di mana memiliki mempunyai haruman pewangi yang berbeza dan tahan lama.

Menurut Zohrah, sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada produk lain dalam pasaran tempatan terutama kerana kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain harumannya.

Xorra diasaskan Farmasia Sdn. Bhd di mana syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal sejak 20 tahun lalu.

Mengulas pemilihan selebriti sebagai duta, dia berkata keputusan itu adalah tepat dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut.

“Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri, ibu dan professional dan ciri-ciri ini sesuai dengan tiga rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya.

Setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.xorrabeauty.com atau Instagram: xorrabeauty. – MalaysiaGazette