Api marak ketika bangunan Samhwan Art Nouveau terbakar lewat malam tadi. foto BBC

SEOUL – Sebuah blok menara 33 tingkat di bandar Ulsan terbakar menyebabkan ratusan orang terpaksa dipindahkan.

Rakaman video menunjukkan api marak di bangunan Samhwan Art Nouveauyang menempatkan kediaman dan komersil.

Agensi berita Yonhap berkata, puluhan orang mengalami sesak nafas akibat kebakaran tersebut.

Kejadian itu berlaku pada jam 11 malam tadi dan cepat merebak kerana angin kuat.

Setakat ini kebakaran berjaya dikawal.

Kebakaran itu bermula antara tingkat 8 dan 12 bangunan tersebut yang mempunyai 120 isi rumah dan pusat beli-belah.

Seramai 77 orang telah dirawat kerana terhidu asap, kata bomba.

Menurut bomba, angin kencang menyukarkan pihaknya mengawal kebakaran.

Buat masa ini usaha mencari mangsa-mangsa di dalam bangunan itu sedang giat dijalankan. – MalaysiaGazette