KUALA LUMPUR – Kemudahan-kemudahan Jabatan Laut Malaysia termasuk Ibu Pejabat Laut Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Kelang; Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Pelabuhan Kelang, Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pulau Indah Klang beroperasi seperti biasa.

Ini kerana, kesemua kemudahan itu berada di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang.

Sebagai langkah pencegahan penularan Covid 19, operasi di kemudahan-kemudahan tersebut mengikut prosedur operasi standard dengan norma baharu yang terpakai dan diperketatkan.

Pelanggan juga adalah digalakkan untuk berurusan secara voice/video conference, emel atau panggilan telefon serta melayari sistem Jabatan Laut Malaysia secara atas talian bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti perkapalan, pelaut dan pelabuhan melalui laman sesawang Jabatan
Laut Malaysia di pautan www.marine.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Laut Jabatan Laut Malaysia di talian (03- 3346 7620), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah (03-3169 5100) dan Institut Latihan pengangkutan Laut (MATRAIN) (03-3326 5555). – MalaysiaGazette