Dr. Adham Baba.

UALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS bagi mengatasi masalah kesihatan mental warga kerja dan masyarakat yang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, masyarakat boleh juga mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental yang diberikan melalui empat institusi mental, 1,001 klinik kesihatan, 66 hospital KKM dan 28 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh negara

Menurutnya, inisiatif itu dilakukan oleh KKM dengan kerjasama MERCY Malaysia melalui talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC (Crisis Preparedness and Response Centre).

Perkhidmatan yang diberikan melalui sokongan psikososial dan
kaunseling kepada komuniti dan masyarakat termasuk kakitangan dan petugas kesihatan yang terlibat dalam  menangani krisis pandemik Covid-19

Menerusi kenyataan di sini, Adham berkata, kesihatan mental adalah tanggungjawab semua dan pekerja adalah aset negara.

Oleh itu, pelaburan ke atas penjagaan kesihatan mental adalah penting bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kesejahteraan sesebuah negara.

Atas dasar itu katanya, KKM juga telah memperluaskan perkhidmatan kaunseling di peringkat kesihatan primer dan adhmenempatkan seramai 200 pegawai psikologi kaunseling baharu di seluruh negarabagi memberi perkhidmatan kesihatan mental dan kaunseling kepada individu yang memerlukan.

Ujarnya, perkhidmatan tersebut akan turut menyokong perkhidmatan kaunseling sedia ada di agensi-agensi
lain bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mental dilaksanakan secara holistik di komuniti.

“KKM juga menyokong usaha untuk mendekriminalisasikan cubaan bunuh diri dan telah mengambil inisiatif untuk
meletakkan agenda kesihatan mental didalam cadangan belanjawan negara,” tambahnya dalam kenyataan itu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Tema tahun ini adalah ’Let’s TALK Minda Sihat:Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.

Aspirasi tema ini adalah untuk menekankan tentang kepentingan kesihatan mental bagi semua individu dengan tidak mengira umur, jantina,bangsa dan agama,dan juga keperluan usaha untuk menangani stigma serta mencegah kejadian bunuh diri yang merupakan salah satu impak daripada permasalahan kesihatan mental.

Adham berkata, Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 mendapati kelaziman kemurungan dalam kalangan masyarakat berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3%, iaitu hampir setengah juta rakyat Malaysia.

NHMS pada tahun 2017 yang memfokuskan pada remaja
mendapati tingkah laku bunuh diri dalam  kalangan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan tren bagi kelaziman idea bunuh diri iaitu 10% dalam tahun 2017 berbanding .9% dalam tahun2012.

Melihat kepada senario ini, wajarlah kesihatan mental diberi keutamaan di dalam agenda kesihatan negara, ujarnya. – MalaysiaGazette

 

– MalaysiaGazette