Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, video berdurasi satu minit empat saat itu ditonton oleh pegawai kanannya sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.24 malam.

“Video itu memaparkan berlaku tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu disyaki masih dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Amar, pihaknya kini sedang menunggu status ujian saringan COVID-19 lelaki berumur 30-an itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang sebelum melakukan tangkapan.

Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan antara 36 kawasan di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula semalam sehingga 23 Okt ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast