Mangsa banjir, Nur Saidatul Ainatasha, 8, menjemur buku yang basah dihadapan rumahnya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Periuk, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Semua mangsa banjir kilat yang terlibat dalam pemindahan, khususnya di Kampung Periuk, Kampung Baru akan menerima bantuan tunai minggu depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan untuk memberi sumbangan peribadi baginda.

Hujan lebat lebih dua jam yang berlaku pada 10 September lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan kediaman beberapa penduduk kampung tersebut dinaiki air.

Mereka kemudian dipindahkan sementara di Pusat Pemindahan Banjir Kelab Sultan Sulaiman

Antara kawasan yang turut terjejas ketika itu termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast