Datuk Seri Amiruddin Shari

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor memberikan fokus terhadap isu kesihatan mental bagi membantu rakyat di negeri itu ketika berdepan pandemik Covid-19.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 yang diumum pada 1 April, kerjaan negeri memperuntuk sebanyak RM1 juta untuk perkhidmatan kaunseling bagi menangani isu berkenaan melalui kelas interaktif.

“Selangor telah mengadakan program pengurusan kesihatan mental secara maya untuk menekankan kepentingan pendidikan serta kesedaran mengenai kesihatan mental,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Amiruddin membuat ciapan itu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Ia diraikan sejak 1992 dan sambutan itu tahun ini memilih tema “Pelaburan lebih baik, akses lebih baik-Kesihatan mental untuk semua, di mana sahaja”.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2001, kira-kira 450 juta penduduk dunia mempunyai penyakit mental yang merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan.

Badan itu berkata, kira-kira satu daripada empat individu berisiko untuk mendapat masalah kesihatan mental sepanjang hidup mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast