Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Sebarang pendirian terhadap pihak ketiga akan dibuat oleh Muafakat Nasional (MN) secara bersama, kata Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian dipercayai merujuk kepada isu sokongan terhadap cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membentuk kerajaan baharu.

“Apabila UMNO dan Pas sepakat membentuk MN ia melalui satu proses yang panjang tapi cukup teliti.

“Ia bukan satu kerjasama biasa tetapi lahir dari tanggungjawab yang mendalam pada agama, bangsa dan negara. Justeru sebarang pendirian terhadap pihak ketiga akan dibuat secara bersama,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini.

Sebelum itu, Pas secara konsisten masih kekal dengan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak menerima sebarang kerjasama dengan Anwar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast