Agensi penyelamat dan orang ramai mencari mangsa-mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan di Obalende, Lagos. foto Agensi

LAGOS – Empat terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh.

Agensi Pengurusan Kecemasan Lagos (Lasema) berkata, punca insiden di kejiranan Obalende itu masih belum diketahui.

Mayat empat mangsa termasuk seorang wanita telah dikesan, kata agensi tersebut.

Manakala lapan yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Saksi memberitahu, walaupun bangunan itu belum siap tetapi beberapa orang telah menjadikan ia sebagai kawasan perlindungan.

Dipercayai ramai lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut.

”Beberapa orang yang turut menjadi mangsa adalah mereka yang tinggal di sekitar bangunan berkenaan,” menurut saksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast