Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memuji dan berterima kasih kepada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang menzahirkan sokongan padu kepada pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ucapan itu diberikan kepada semua pimpinan tertinggi dan Ahli Parlimen rakan kongsi politik iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kata beliau, sokongan itu melambangkan semua parti politik yang menyokong kerajaan PN bersama dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi ketika ini, sekali gus menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Tatkala penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia, kerajaan PN memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Justeru, PN menyeru semua rakyat terus bersatu hati dan mematuhi SOP penjagaan kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast