Taman tema Sunway Lost World of Tambun di Ipoh, Perak.

KUALA LUMPUR – Taman tema Sunway Lost World of Tambun di sini ditutup 14 hari berikutan seorang pengunjungnya disyaki dijangkiti Covid-19.

Taman tema itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan melibatkan taman tema dan hotel bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.

Ia bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di sekitar taman tema dan hotel.

“Maklumat mengenai pengunjung disyaki dijangkiti Covid-19 diperoleh daripada Kementerian Kesihatan dan kementerian itu telah melakukan pengesanan kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak yang berkenaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu,” jelasnya. – MalaysiaGazette