Dua individu dikehendaki SPRM Johor dalam siasatan kes rasuah.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Johor sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Lelaki pertama, Hoo Sau Yan, 28, mempunyai alamat terakhir di No. 11409, Jalan Ara 8, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.

Manakala lelaki kedua, Phang Say Liang, 33, mempunyai alamat terakhir di No. 7, Parit Bakar Tengah, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Tahazly Mohamad Tahir di talian 019-794 2922 atau e-mel ke alamat [email protected]