Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberitahu semua pejabatnya di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur ditutup hari ini sehingga 16 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi.

Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian dan sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ – MalaysiaGazette