Kenderaan yang membawa Ketua Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari perkarangan Istana selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui pintu 2 di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 13 OKTOBER 2020.
KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kira-kira pukul 2 petang tadi.
Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pukul 2.40 petang.
Awal hari ini cakap-cakap mengenai Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li akan menghadap Seri Paduka Baginda hangat diperkatakan.
Malah ada yang membuat kesimpulan Ku Li telah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.
Namun Anwar yang menghadap Seri Paduka Baginda pagi tadi hanya mengemukakan jumlah ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau. Tiada nama ahli Parlimen diserahkan bersama jumlah tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast