PH TH
Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berseloroh tentang perkembangan terkini melibatkan Perikatan Nasional (PN),  menyifatkan UMNO bertindak mengugut Perdana Menteri untuk keluar daripada perikatan itu.

Beliau berkata, gambaran bahawa UMNO mahu menarik sokongan terhadapTan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perkembangan yang semakin menarik.

“Shhh….Raja kita sedang bekerja…relaks sekejap pasca 13 Okt (Oktober).

“Ok..ni apa cerita UMNO ugut tak nak sokong TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pulak? Semakin menarik ni…,” katanya menerusi Twitter.

Semalam Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu membuat pertimbangan menarik diri dari menyokong PN dan memberi syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik melalui perjanjian bertulis.

Kata beliau, perjanjian bertulis berkenaan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

UMNO tambahnya lagi mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional agar pendaftaran gabungan itu juga didaftarkan secara sah sebagai gabungan politik yang sah.

Untuk rekod, UMNO semalam mengadakan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan bakal mengadap Agong pada Khamis.

Turut dijangka bakal mengadap Baginda pada 21 Oktober ini adalah DAP dan Amanah.-MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.