SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas Setiausaha Politik Menteri akan dihadapkan ke Mahkamah kerana dipercayai terlibat dengan kes rasuah berjumlah kira-kira RM5 juta berhubung tender projek di sebuah kementerian.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 15 Oktober 2020.

Tambah sumber itu, suspek itu juga dijangka didakwa satu lagi pertuduhan berasingan di Mahkamah Shah Alam pada 23 Oktober ini atas kesalahan yang sama dengan beberapa pertuduhan lagi.

Katanya, suspek dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian terbabit dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi kewangan.

Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan yang disiasat sebelum ini dalam kes yang sama turut akan didakwa dalam masa terdekat kerana menerima rasuah.- MalaysiaGazette