Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETAING JAYA – Pasukan petugas kesihatan Covid-19 selesai menjalankan 185 saringan terhadap kakitangan Tropiciana Golf & Cuntry Resort hari ini.

Ketua Polis Daera Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ujian saringan itu dilaksanakan ke atas pekerja di blok C asrama kelab golf itu yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

“Kita masih ada blok A dan B perlu melaksanakan ujian saringan terhadap pekerja yang menghuni di kedua-dua bangunan itu.

“Manakala beberapa petugas Tropiciana yang tinggal di kawasan berdekatan sini juga akan dibawa ke sini untuk dilibatkan dalam ujian saringan,” katanya selepas meninjau kawasan Tropiciana Golf & Cuntry Resort.

Menurut Nik Ezanee, seramai 16 individu disahkan positif di blok A manakala jumlah keseluruhan kes di kelab golf itu adalah sebanyak 25 kes.

“Setakat ini jumlah petugas di sini adalah seramai 72 orang kesemuanya termasuk PDRM, KKM Anggota Rela, Aangkatan Pertahanan Awam (APAM) dan sebagainya.

“Kita akan terus memantau secara ketat memastikan saringan dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa masalah dan pada masa sama orang di sini mematuhi SOP yang disarankan kerajaan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette