Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin.

KUALA LUMPURAl Ansar IBS PLT, syarikat kontraktor perumahan yang menggunakan  kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) melancarkan Promosi Jualan Akhir Tahun Banglo IBS dengan sasaran jualan RM10 juta.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, promosi tersebut yang bermula sejak 1 Oktober lalu dijangka dapat melengkapkan pembinaan 60 unit banglo pada tahun ini.

“Sejak dilancarkan Tahun Bina Banglo IBS (TBBI 2020) pada Febuari lalu, prestasi jualan sangat memberangsangkan dan sehingga bulan September, jualan telah mencecah  RM8.4  juta melibatkan pembinaan sebanyak 54  unit banglo. Kesemua unit telah diserahkan kuncinya  kepada pemilik, selebihnya  sedang dan akan dibina.

“Berbaki lebih kurang tiga bulan daripada sekarang,  kami percaya sasaran enam unit  banglo lagi atau nilaian sebanyak RM1.6  juta akan berjaya dicapai hasil kerjasama semua pihak.

“Ini termasuk kekerapan bahagian  rekaan memperkenalkan kepelbagaian reka bentuk yang menarik perhatian pembeli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Khanafi, bagi promosi jualan akhir tahun, pihaknya memperkenalkan unit banglo berkonsepkan Islamik apabila mengasingkan bilik air anak lelaki dan anak perempuan.

Jelasnya, lima  rekaan baharu turut diperkenalkan dengan harga mampu milik apabila pelanggan menerima  potongan harga sehingga 10 peratus daripada harga asal kepada setiap unit yang dipilih .

“Misalnya rekaan Alamanda mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air, Tulip dan Akasia mempunyai empat bilik tidur dengan tiga bilik air. Harga  yang ditawarkan selepas diskaun antara RM175,000 hingga  RM278,000 seunit.

“Manakala bagi rekaan Azalea mempunyai  tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan harga selepas diskaun RM140,000 manakala rekaan Mallow dengan lima bilik tidur dan empat bilik air pada harga RM278,000 seunit,” ujarnya.

Khanafi menegaskan, pihaknya percaya akan mencapai sasaran tahun ini, antara lain disebabkan memenuhi janji  kepada pelanggan melalui promosi sokongan sepanjang tahun.

Muhammad Khanafi Husin menyerahkan replika kunci banglo kepada pemiliknya, Fauziah Kamsari dan anaknya Mohd Najib Abd Ghaffar di majlis Pelancaran Promosi Jualan Akhir Tahun Banglo IBS di Cyberjaya baru-baru ini.

“Selepas pelancaran TBBI 2020, kami melancarkan pula promosi sempena hari raya dan juga promosi merdeka.  Melalui kedua-dua promosi tersebut, pembeli berpuas hati kerana apa yang dijanjikan, termasuk  menyiapkan pembinaan dalam tempoh dua hingga empat  bulan berjaya dilaksanakan.

“Malah kini pembinaan banglo IBS  Al Ansar telah berada hampir di seluruh negeri di Semenanjung.

“Ditambah pula dengan  tradisi pemberian percuma diteruskan. Termasuk perjanjian pembinaan, lampu dan kipas pada setiap unit mengikut rekaan. Pelanggan juga menerima kabinet dapur (melamine 10 kaki) dilengkapi set dapur (hood dan hop), rak pinggan, set laci dan barangan elektrik terpilih,” katanya.

Sementara itu Khanafi menasihati orang ramai supaya mengelak daripada  terpedaya dengan tawaran harga pembinaan yang  rendah kerana dibimbangi didalangi pihak yang  tidak bertanggungjawab

“Ubah sikap kita yang mudah percaya dengan harga bina rumah melalui promosi yang tidak masuk akal. .Secara logiknya hampir semua harga  bahan binaan di negara ini sama dan andai  tawaran terlampau rendah bagaimana mereka membuat keuntungan.

“Jika di peringkat permulaan sudah  wujud situasi meragukan, carilah syarikat pembinaan yang kukuh dan mempunyai trek rekod yang baik,” katanya.

Orang ramai yang berminat lebih lanjut boleh menghubungi nombor  011-56690669 dan layari www.bangloibs.my. – MalaysiaGazette