Serangan itu berlaku di pinggir Paris pada pukul 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis itu.Charles Platiau/Reuters]

PARIS – Gara-gara menunjukkan imej kartun kononnya ia Nabi Muhammad di dalam kelas, seorang guru di Perancis mati ditetak.

Mangsa ialah seorang guru yang mengajar subjek sejarah dan ketika kejadian beliau membincangkan kartun Nabi Muhammad.

Penyerang yang identitinya belum dikenal pasti ditembak polis apabila mereka cuba menahannya.

Beliau mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu, penyerang melaungkan “Allahu Akbar” semasa polis cuba menahannya, menurut sumber rasmi.

Pendakwa anti keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai ‘kes pembunuhan terkait organisasi pengganas.’

Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat tempat kejadian.

Serangan itu berlaku di pinggir Paris pada pukul 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tindakan membunuh adalah keterlaluan, menghina agama orang lain atas nama kebebasan bersuara juga perbuatan keterlaluan. Untuk hidup aman , hidup bukan sahaja perlu berperaturan , tetapi juga mesti ada akhlak.

  2. Wajar..Itu tindakan fisabilillah wajib kepada menghina Nabi Muhammad SAW n ALLAH SWT.Jika saat agama kamu,Nabi SAW kamu,Allah SWT d hina n kamu berdiam sebagai org islam,wajib kamu yg mati sia2.
    Hukum wajib mati kepada penghina2 ni semua.ALLAHUAKBAR.

Comments are closed.