Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak. foto ISKANDAR HAMIDI, 10 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR- Sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad keterlaluan dan sukar diterima oleh mana-mana manusia, demikian jawapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apa perasaannya mendengar dakwaan yang dilemparkan Mahathir kepadanya dan keluarga.

“Satu ketika dulu kami memang rapat dan saya mengenang budi beliau kepada saya dengan menyokong saya sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Itu tidak dapat saya nafikakan tetapi apa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya anggap sikap beliau adalah keterlaluan.

“Kalau ada kesalahan yang saya telah lakukan, tidak sepatutnya beliau memberikan reaksi sedemikian, sehingga menyebut nama saya sebanyak 32 kali dalam satu temubual.

“Itu sudah dikira satu perkara yang keterlaluan sangat,” katanya semasa merujuk temubual eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir dalam program OwhMG terbitan Malaysia Gazette baru-baru ini.

Ketika ditanya apakah beliau tidak marah apabila dilemparkan dengan tuduhan sedemikian, Najib mengakui beliau marah namun sebagai seorang Islam yang mengamalkan ajaran agama, beliau sedia memaafkan Mahathir.

“Memang rasa marah kerana kata-kata beliau terlalu kesat, keterlaluan dan tidak berasas. Sukar untuk diterima mana-mana manusia.

“Memang saya tidak nafikan saya cukup marah tetapi seperti yang saya katakan tadi, sebagai seseorang yang mengamalkan agama Islam, jika beliau minta maaf, saya sedia memaafkan,” katanya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, sehingga kini beliau masih belum mengetahui sebab sebenar mengapa bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu terlalu marah dan sanggup ‘menjaja’ cerita buruk mengenainya kepada dunia.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. DSN berjiwa besar..susah i gin mcarai seorg pmimpin yg bjiwa besar ini…kami doa kn DSN brada dlm keadaan baik dn di rahmatiNya selalu.

  2. Atuk dh tua..fikiran dh celaru..nyanyuk teruk…yg dia tau samada dia atau keturunan dia yg pegang kuasa negara bru semua betul..orang lain semua salah

Comments are closed.