Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – UMNO sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang mempunyai hubungan dengan DAP seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ramai pemimpin UMNO termasuk presiden partinya, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berpegang teguh kepada keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMMO sebelum ini.

Ini termasuk mengukuhkan Barisan Nasional, memantapkan Muafakan Nasional, tidak menjalinkan hubungan dengan DAP dan tidak mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin yang bersepakat dengan DAP.

“Saya selaku SU Agung UMNO juga Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kpd pendirian keputusan Mesy MKT UMNO sblm ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu dalam satu ciapan di Twitter Ahmad berkata, jalinan kerjasama di antara UMNO dan Pas tidak boleh dileraikan sebaliknya harus diperkukuh.

“Biro Politik UMNO telah cadangkan agar MN didaftar sebagai organisasi politik yang sah

“MN telah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun,” katanya lagi. -MalaysiaGazette