Petugas Sel Care melakukan proses ujian saringan Covid-19 kepada seorang kanak-kanak bagi membuat saringan bersasar secara percuma di semua cawangan di Selcare Clinic bermula hari ini. 
Ujian tersebut diberikan kepada semua rakyat Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Beaufort menjadi daerah terbaharu direkodkan zon merah semalam dengan 47 kes positif Covid-19.

Ia menjadikan keseluruhan zon merah di Sabah kini sebanyak 13 zon dan ke-22 bagi seluruh negara.

Zon tertinggi masih di Kota Setar dengan 1,202 kes diikuti Semporna 881 kes.

Ketiga tertinggi adalah Kota Kinabalu dengan 827 kes, Sandakan (585), Tawau (572), daerah Timur Laut, Pulau Pinang (377), Tuaran (371), daerah Petaling dengan 314 kes, Lahad Datu (302),

Papar (228), deaeah Klang (168), Penampang (150), dan Putatan (127).

Zon dibawah 100 kes pula adalah Kota Belud (82), Larut Matang Selama (79), masing-masing 74 kes di Hulu Langat dan Gombak, Kunak (68), Kuala Langat (49), Ranau (44) dan Kubang Pasu 42 kes positif Covid-19.

Bagaimanapun, dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang kini mencatat jumlah positif Covid-19 terendah dan menghampiri negeri pada zon hijau.

Kedah mencatatkan hanya satu kes positif Covid-19 sementara Pahang dua kes positif Covid-19.

Perlis bagaimanapun masih mengekalkan status negeri hijau apabila tiada kes positif Covid-19 direkodkan selama 14 hari berturut-turut.

Johor masih mencatatkan sejumlah 23 kes positif Covid-19 dan Negeri Sembilan, 22 kes sementara Terengganu 16 kes dan Sarawak 17 kes.

Melaka masih mencatatkan zon kuning apabila 12 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga semalam.

Sementara 92 kes positif Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 17 kes di Putrajaya. – MalaysiaGazette