ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan negara itu telah menemui lebih banyak simpanan gas di Laut Hitam.
“Hasil ujian, analisis dan kerja-kerja kejuruteraan terperinci, kami menemui 85 bilion meter padu gas dalam rizab yang baharu ditemui,” kata Erdogan di atas kapal gerudi Fatih di Laut Hitam.
Menurutnya, jumlah simpanan gas asli di telaga Tuna-1 di Medan Gas Sakarya mencapai 405 bilion meter padu.
Pada bulan Ogos, kapal penggerudian itu menemui simpanan gas asli 320 nilion meter padu.
Kapal Fatih memulakan kegiatan penggerudiannya pada akhir bulan Julai di zon eksplorasi yang dikenali sebagai Tuna-1 di luar wilayah Zonguldak utara di wilayah Laut Hitam. – MalaysiaGazette