Dr. Asri Zainul Abidin

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pandemik ini (COVID-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti politik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Rakyaat telah lama meluat dengan perangai ahli politik dimeleysia. Terutama yang melompat parti. Kerana ahli politik Ini bukan berniat membantu rakyat kawasan mereka. Tetapi berkepentingan diri sendiri. Dengan jawatan yang ditawarkan. Sunguh malangnya Nasib rakyat yang mengundi ahli politik seperti itu. Selagi akta lompat parti tidak diperkenalkan dalam parti. Selagi itu lah sikap ahli politik yang berkepentingan diri sendiri . Melompat parti merebut jawatan yang ditawarkan.

Comments are closed.