KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan logo rasmi sempena Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November.

Pembentangan itu akan dibuat oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Reka bentuk logo ini menggabungkan tiga elemen iaitu warna ungu sebagai warna utama, motif corak batik serta Jalur Gemilang, dan huruf serta angka yang berciri moden, profesional dan ringkas.

Rasional terperinci logo dilampirkan bersama dan panduan penggunaan boleh diperolehi di laman sesawang belanjawan2021.treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan berkata, Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama yang bertujuan
untuk melindungi, memulih dan menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. – MalaysiaGazette