Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR – “Maka adalah amat elok untuk kita bersama-sama menerima keputusan Peguam Negara hari ini dengan penuh lapang dada.”

Itu permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz ekoran keputusan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
hari ini yang ‘dibebaskan’ daripada dakwaan tidak dikuarantin ekoran peraturan melibatkan Covid-19.

Malah ia membuktikan kebenaran terhadap sebarang kesalahan seperti dakwaan musuh politik Mohd Khairuddin sebelum ini.

“Terima kasih juga harus saya ucapkan kepada pihak pembangkang yang telah membuat aduan demi aduan kepada pihak polis agar Mohd Khairuddin disiasat demi ketelusan dan integriti.

“Walaupun keputusan hari ini amat tidak memihak serta menggagalkan pihak pembangkang untuk terus memanaskan isu ini tetapi nyata kebenaran telah diangkat dan diletakkan pada tempatnya yang mulia,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya malam ini.

Justeru Nik Abduh secara sinis berharap pembangkang kini boleh bergerak kepada isu-isu lain yang lebih bertenaga untuk menarik undi rakyat kepada mereka.

“Banyak lagi isu boleh dimainkan. Lagi pun politik negara kan tak berapa stabil sekarang? PH pun sudah memang terkenal mampu menjadikan seekor nyamuk sebagai seekor gajah. So go on..,” katanya.

Apa pun, pemimpin Pas itu mengajak pembangkang bersatu dalam menangani pandemik Covid-19 dengan mematuhi peraturan ditetapkan.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tahniah Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali! Bagus Dr ni, tak macam yang lepas, harga sawit pun dah kembali stabil!

    Sama2 cegah COVID-19!, elakkan tempat2 padat sesak seperti shopping malls, pasaraya2, mega malls atau berkunjung ke Genting dsb. Jom putuskan rantaian COVID-19!

  2. Baguih larrr, nyonya sekor tupun dah senyap dari menyalak, dulu dalam parlimen, dia yang galak sangat…

  3. Macam ni pun boleh. Aku rasa Khairuddin guna bomoh jampi AG kot, sebab memang terang-terang dia salah. Kerajaan baru, menteri kebal, rakyat sengsara, antara dua darjat, huhuhu.

Comments are closed.