Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. foto FAREEZ FADZIL, 04 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA hari ini mempersoalkan mengapa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali boleh dikenakan kompaun bernilai RM1,000 atas tuduhan pelanggaran di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sedangkan pihak berkuasa mendakwa tidak ada peraturan yang dilanggar.

Jurucakap MCA, Chan Quin Er berkata, Mohd Khairuddin yang membuat lawatan ke luar negara telah termaktub kepada arahan kerajaan dimana bahawa semua pelancong yang masuk dari luar negara dianggap PUS dan harus menjalani kuarantin 14 hari.

“Kita tidak boleh memenjarakan rakyat biasa kerana melanggar kuarantin sementara menteri dilepaskan kerana ‘kesilapan teknikal’.

“Tidak boleh ada ‘dua darjat’ kerana kita semua sama di hadapan undang-undang,” kata Quin Er.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sekiranya seseorang hanya menjadi ‘individu yang diawasi’ (PUS) apabila seorang pegawai yang diberi kuasa memerintahkan seseorang itu secara lisan untuk menjalani kuarantin.

“Anda akan secara automatik merupakan PUS sekiranya anda memasuki atau memasuki semula Malaysia dari luar negara. Sekiranya Mohd Khairuddin berada di bawah pengecualian dari kuarantin wajib, pihak berkuasa mesti sudah menyatakan perkara ini.

“Jika tidak, ini boleh menyebabkan bahaya kepada seseorang PUS, di mana pihak berkuasa lupa untuk berikan Borang 14B, boleh melanggar kuarantin tanpa perlu dihukum,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mohd Khairuddin telah mengunjungi Turki pada 3 Julai dan pulang pada 7 Julai.

Sebaik tiba di Malaysia, beliau tidak menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, seperti individu lain yang kembali dari luar negara, sebagaimana diarahkan kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu pada 7 Julai telah dikenakan denda kompaun sebanyak RM1,000, atas pelanggaran arahan itu.

Semalam, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib Covid-19 selepas pulang dari Turki.

Peguam Negara memutuskan tiada tindakan lanjut ke atas pemimpin Pas itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap MN bg kata dua takan mufakat dgn mca, lagak dia mcn dap pula…so fikir2 klu atas dasar bngsa mca lbh kurang sama je dgn dap, kata org luar bergaduh dlm ibarat tahi dgn kentuk je…so pakatan mn , bolh dgr kata2 mca, tapi pcaya jgn, sbb puak2 komunis ni tak blh di pcayai..hrp maklum, klu umno n pas nk dpt sokongan org mlyu n islam kluar kn mca drpd pktan mn, mca ni puak2 yg mrosakn pkatan mn nnti, tggu dn lihat..lbih baik biar dia buat pakatan mcn d dap je..lg bgus..klu nk harap kn kursi mnang besar jauh skli…mca sdr sikit ko tu pdatang je kot, dan sdar diri tu kursi yg mng tu atas sokongan org mlyu ya..sdar skit ya..jgn smpai org mlyu hukum ko ya..

Comments are closed.