Anwar Ibrahim. foto AFIQ HAMBALI, 16 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan alasan darurat bagi menangani penularan Covid-19 adalah tindakan tidak demokratik.

Anwar berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menggunakan krisis Covid-19 untuk memungkinkan penyalahgunaan kuasa.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bila mana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkin kediktatoran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar mengulas mengenai laporan media bahawa kerajaan PN telah bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Pembangkang, tambah Anwar, masih belum dapat melihat beberapa strategi mantap oleh Muhyiddin yang mampu untuk menangani krisis pendemik Covid-19 ini.

“Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

“Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ada juga elitis yang atas nama DEMOKRASI dan KEBEBASAN BERSUARA telah memperdaya rakyat…..hakikatnya untuk diri sendiri.

Comments are closed.