Gambar hiasan

SEOUL – Agensi forensik Korea Selatan tidak menemui sebarang kaitan antara kematian remaja 17 tahun dan suntikan selsema, kata agensi berita Yonhap.

Remaja lelaki itu adalah antara mangsa pertama dilaporkan meninggal dunia selepas menerima vaksin tersebut dalam usaha mencegah virus koronavirus.

Jumlah itu meningkatkan kepad 25 orang sejak seminggu lalu, mendorong seruan supaya program tersebut dihentikan.

Kerajaan Korea Selatan mensasarkan untuk memberi vaksin selsema kepada 30 juta daripada 52 juta penduduknya.

Susulan kes kematian itu, para doktor dan ahli politik menggesa program tersebut dihentikan.

Namun, pihak berkuasa kesihatan menolak untuk menghentikan program tersebut dengan alasan kurangnya bukti yang menunjukkan ada kaitan secara langsung antara kematian dan vaksin.

Perkhidmatan Forensik Nasional telah melakukan bedah siasat terhadap beberapa orang yang meninggal dunia untuk tujuan siasatan dan memutuskan bahawa kematian remaja lelaki berusia 17 tahun itu tidak mempunyai hubungan dengan vaksin, lapor Yonhap, yang memetik sumber polis.

Dari 25 kes tersebut, 22 termasuk kanak-kanak itu mendapat suntikan selesema percuma yang telah diperuntukkan oleh kerajaan ke atas 19 juta remaja dan warga emas, menurut Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Sekurang-kurangnya tujuh daripada sembilan orang yang disiasat mempunyai isu-isu lain.

Penyedia vaksin merangkumi firma domestik seperti GC Pharma, SK Bioscience, Korea Vaccine dan Boryung Biopharma, unit Boryung Pharm, bersama dengan Sanofi Perancis.

Mereka menyediakan program percuma dan perkhidmatan berbayar.

Seeamai 10 orang menerima produk dari SK Bioscience, masing-masing lima untuk produk Boryung dan GC Pharma, empat pula memperoleh ubat dari Sanofi dan satu dari Korea Vaccine.

Keempat-empat firma domestik enggan mengulas, sementara Sanofi tidak memberi maklum balas lagi. – MalaysiaGazette