Muhyiddin Yassin answers Mahathir Mohamad Najib Razak power
Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Segala tindakan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini tidak dapat mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah mewujudkan darurat di negara ini hanya akan menambahkan kuasa seorang Perdana Menteri.

“Isu Covid-19 telah digunakan untuk menangguhkan sidang Parlimen, pendekkan dan mengelak daripada sebarang perdebatan.

“Sekarang ia digunakan untuk membenarkan darurat berlaku. Tetapi kuasa dan pemerintah pada hari ini sudah cukup untuk menangani wabak tersebut.

“Apa yang boleh dilakukan oleh pelaksanaan darurat untuk menghentikan wabak penyakit daripada yang boleh kita lakukan sekarang. Tidak ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi parti Pejuang dan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata, jumlah Kabinet yang besar dipimpin oleh Muhyiddin tidak langsung menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan negara dah rakyat.

Malah katanya, sebilangan besar dasar-dasar yang dilancarkan adalah hanya berkisar kepada keadaan politik semasa.

“Kerajaan ini bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Ia berkuasa dengan cara yang tidak demokratik dan sekarang ini hanya bermatlamat untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.

Mahathir berkata demikian mengulas mengenai Mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam di Perdana Putra dikatakan membuat keputusan untuk menggantung sidang Parlimen yang dijadual pada 2 November ini bagi membolehkan usaha menangani pandemik Covid-19 dilaksanakan sepenuhnya.

Langkah bersifat darurat itu diputuskan berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang sehingga semalam masih melebih paras 800 kes, malah setiap hari ada sahaja kluster baharu dikenal pasti.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan Istana Negara akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sekiranya darurat ini tetap dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada pasaran saham Malaysia dan ekonomi negara.

Malah katanya pasaran saham negara akan merudum kerana pelaksanaan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Para pelabur tidak percaya Perdana Menteri dapat menguruskan ekonomi negara. Dia mengacau-bilau keadaan Covid-19 dengan cuba merebut Kerajaan Sabah. Lonjakan kes positif Covid-19 sekarang disebabkan sepenuhnya oleh Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Disebabkan itu, kerajaan Sabah telah diubah. Apa kebaikan yang dibawa ke Sabah.

“Negara-negara dengan masalah Covid-19 yang lebih parah belum mengisytiharkan darurat untuk seluruh negara tetapi hanya untuk kawasan yang terjejas,” katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kata kata org yg tak sangka ada org lain yg lebih bijak mencatur daripadanya. Bukan semua benda atas alasan politik Tun oi. Xdak cara dah nak elak PRK dan PRN jika tak buat gini. Tgk la PRN Sabah punya kesan, sampai covid 800 kes sehari. Hampa org politik tak sedaq2 gak nuh.

  2. Sudah ada 2 ketua pembangkang sekarang, Atok mewakili parti PeluWANG & Warisan sementara Non mewakil PGayR, DAP & Khadamnya?

    Keadaan bertambah kronik sama seperti kroniknya penularan pendemik virus buatan manusia COVID-19?

  3. kes mencecah 1000 lebih HARI ini..INGAT masa tun…..x perlu di kuarantin dikandang lembu…wan azizah jangan bimbang jauh di CINA..kita ada kelengkapan mengatasimya….negara akan lumpuh jika sekat pelancong cina ….covid hanya SANDIWARA Muhamadin Ketapi…KENYATAAN BODOH SOMBONG

  4. This old man will die frustrated. His time has come and gone. Malaysia has to move on from being disturbed by Mahathir, Anwar and others in PH.

Comments are closed.