Kolonel Turki Al-Maliki.

RIYADH – Perikatan tentera Arab memintas dan memusnahkan sebuah dron dilengkapi dengan bahan letupan yang dilancarkan kumpulan militan Houthi yang menyasarkan Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency yang memetik jurucakap perikatan itu, Kolonel Turki Al-Maliki.

“Angkatan Tentera Bersekutu Bersama telah memintas dan memusnahkan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dimuatkan dengan bom yang dilancarkan secara teratur oleh militan Houthi pada petang ini (semalam) yang menyasarkan orang dan objek awam di wilayah selatan,” kata Al-Maliki dalam satu kenyataan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr. Yusuf Ahmed Al-Othaimean mengutuk serangan tersebut .

Dalam satu kenyataan, beliau mengulangi pendirian OIC dan solidariti dengan Arab Saudi bagi mengekalkan keselamatan dan kestabilan.

 

Saturday’s interception of the Houthi launched drone was the third in two days as the Coalition forces had on Friday intercepted and destroyed two explosive-laden drones launched by the Iran-backed Houthi militia.

Tindakan memintas dron yang dilancarkan kumpulan Houthi itu merupakan kali ketiga dilakukan dalam tempoh dua hari yang mana pada Jumaat lalu Angkatan Tentara Bersekutu itu turut memintas dan memusnahkan dua buah dron yang dilengkapi dengan bahan letupan oleh kumpualn yang sama. – MalaysiaGazette