Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR- Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri mengambil maklum keputusan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini.

“Jemaah menteri akan berbincang lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, beliau menjunjung kasih ke atas keputusan yang telah dibuat Yang di-Pertuan Agong serta menyambut baik nasihat baginda bahawa kestabilan negara tidak harus diganggu-gugat. -MalaysiaGazette