Sebuah kereta yang membawa Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan keluar di perkarangan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan perjumpaan bersama Menteri-Menteri Kabinet di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Beberapa orang menteri dan ahli politik kelihatan keluar masuk di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Antara yang dilihat berada di sana Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kunjungan mereka dipercayai ada kaitan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak cadangan Jemaah Menteri supaya diisytiharkan darurat di negara ini bagi memerangi pandemik Covid-19.

Tinjauan MalaysiaGazette di perkarangan kediaman Muhyiddin mendapati kenderaan-kenderaan menteri keluar dan masuk selain kenderaan yang membawa orang politik.

Setakat ini mereka yang telah meninggalkan kediaman Muhyddin adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Dr Adham Baba, Annuar, Rina Harun dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

 

 

1 Komen

Comments are closed.