Kelihatan kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memasuki pintu utama Istana Negara berikutan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 25 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Raja Melayu pertama yang tiba di Istana Negara hari ini.

Kenderaan rasmi yang membawa baginda tiba pukul 1.30 petang bagi menghadiri pertemuan khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu.

Mesyuarat bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan pandemik Covid-19.

Ia dijadualkan akan bermula pukul 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah tiba di Istana Negara kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – MalaysiaGazette