Sistem pertahanan peluru berpandu S-400. foto rt News

ANKARA – Turki terus menjalankan proses persiapan sistem pertahanan peluru berpandu S-400 buatan Rusia seperti yang dirancangkannya, kata Menteri Pertahanan negara itu.

“Kami terus mengawal dan menyediakan sistem itu seperti dirancang.

“Pembekalan, ujian dan pengawalan sistem ini tidak bermakna Turki menjarakkan diri dengan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).

“Kami akan menggunakan S-400 sama sepeti kamu guna sistem S-300 dengan perikatan NATO,” katanya kata Hulusi Akar seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Turki menyatakan bahawa sistem S-400 tidak akan digabungkan dengan sebarang sistem NATO dan ia tidak akan mendatangkan ancaman kepada perikatan itu.

Pada Jumaat lalu, Jabatan pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, ia sedar tentang laporan bahawa kini Turki sedang menguji sistem pertahanan canggih Rusia dan sekiranya laporan tersebut benar jabatan tersebut mengutuk keras ujian itu.

“Kami telah jelaskan operasi sistem S-400 tidak konsisten dengan komitmen Turki seperti AS dan sekutu NATO yang lain,” kata jurucakap Jonathan Hoffman dalam satu kenyataan yang menyifatkan sistem itu sebagai ‘halangan kemajuan hubungan dua hala di tempat lain’. – MalaysiaGazette