Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk tidak mengisytiharkan darurat seperti yang dicadangkan kerajaan adalah satu tindakan yang bijaksana yang sekali gus menunjukkan institusi diraja sentiasa mengutamakan rakyat, meraikan demokrasi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut juga secara tidak langsung memberi makna bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Semoga ia menjadi penegasan dan pengajaran yang mematangkan semua pihak, insyaAllah.

“Menjunjung kasih Tuanku. Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khaled, keputusan itu juga memaparkan keyakinan Seri Paduka Baginda kepada keupayaan sistem kesihatan Malaysia dan kemampuan penjawat awam mengatasi pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette