Deretan pesawat Air Asia di klia2, Sepang. foto MALAYSIA GAZETTE

KUALA LUMPUR – AirAsia X menjelaskan dakwaan tunggakan hutang sebanyak RM78 juta yang tidak dibayar kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah perbezaan RM23 Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) setiap penumpang yang tidak pernah dikutip oleh syarikat penerbangan.

Malah, RM9.2 juta daripada jumlah hutang yang dinyatakan itu merupakan faedah pembayaran lewat yang dikenakan secara sepihak dan tidak sepatutnya kepada AirAsia X untuk PSC yang tidak dikutip.

Artikel berkaitan:MAHB fail tuntutan caj tertunggak penerbangan RM78 juta terhadap AAX

”AirAsia X tidak mengutip RM23 dalam PSC daripada penumpang berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan bahawa PSC akan dikurangkan menjadi RM50.

”Tambahan pula, kenaikan caj tidak dapat dibenarkan untuk kemudahan dan perkhidmatan yang tidak berkualiti yang kami yakin tidak boleh dikenakan kepada penumpang dengan tambang yang lebih tinggi,” kata syarikat penerbangan itu.

AirAsia X berkata, MAHB juga masih belum membayar insentif yang dipersetujui untuk AirAsia X yang dianggarkan berjumlah RM7.9 juta untuk 2018 dan RM6.9 juta pada tahun 2019.

Jelasnya, memandangkan semua industriĀ  berkaitan dengan penerbangan adalah sektor yang paling teruk dilanda cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini, AirAsia X percaya pihak-pihak berkepentingan dengan industri ini harus bekerjasama mengatasi tempoh yang sangat sukar ini.

Ini bagi mengukuhkan semula danĀ  menjadikan Malaysia pusat pelancongan terbesar di rantau ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Where are all the unused planes right now? Berapa pula kos untuk mereka mothballs, preserving bende2 tu semua?

    Inilah masa nak tengok kebijaksanaan nenek tua menguruskan sebuah syarikat gergasi? Dikatakan beliau sangat bijak berniaga? Inilah juga masa nak tengok apa jenis thingking outside the box?

Comments are closed.