najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Tindakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia membuktikan bahawa peranan institusi diraja amat diperlukan di negara ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, peranan Raja-Raja Melayu amat penting terutama apabila negara berdepan dengan pandemik Covid-19 serta krisis politik yang tidak menentu.

Jelas beliau, bayangkan jika negara tidak mempunyai raja, sudah tentu negara sentiasa huru-hara kerana kuasa pentadbiran diberikan secara mutlak kepada ahli politik.

“Institusi diraja adalah payung kepada kestabilan politik serta keharmonian negara.

“Tiada keperluan untuk darurat, yang darurat adalah sikap segelintir ahli politik yang gila kuasa dan sanggup menggugat kestabilan politik hanya untuk berkuasa.

“Kita perlu menolak kepentingan peribadi dan bekerjsama tanpa mengira fahaman politik. Inilah politik baharu yang diperlukan negara.

“Daulat Tuanku. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.