.

KUALA LUMPUR – Peniaga- peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan bantuan kerajaan secara one-off berjumlah RM3,000 ini boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.

GKP telah diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah pakej PRIHATIN PKS Tambahan untuk membantu peniaga – peniaga mikro yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, permohonan GKP sebelum ini telah memanfaatkan 545 ribu peniaga mikro seluruh negara dengan nilai sebanyak RM1.63 bilion.

Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas, KITA PRIHATIN, Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran dijangka akan dibuat mulai 25 November 2020.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020. – MalaysiaGazette