TERKINI : Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra

Kesemua Jemaah Menteri sudah berada di Perdana Putra bagi menghadirkan diri dalam Mesyuarat Khas Kabinet yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bermula jam 11 pagi.

Terawal memasuki Perdana Putra adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memasuki Perdana Putra kira-kira jam 9.20 pagi.

Mesyuarat Khas Kabinet hari ini dilaporkan akan membincangkan akan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.