Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) akan ditutup sementara mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Berikutan itu, talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.

Dalam tempoh ini, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial – MalaysiaGazette