Foto hiasan olen AFIQ RAZALI, 09 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Daerah Kuching menjadi zon merah ke 32 negara sebagaimana yang dilaporkan oleh Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan.

Ibu negeri Sarawak itu mencatat peningkatan kes positif Covid-19 kepada 49 kes semalam berbanding 33 kes pada Isnin.

Sabah masih mencatatkan zon merah tertinggi apabila 18 daripada 32 zon berada di negeri itu.

Kota Kinabalu kini mencatat tertinggi kes positif Covid-19 dengan 2,909 kes diikuti Tawau dengan 1,072.

Semporna 633 kes, Sandakan (899), Lahad Datu (550), Tuaran (388), Penampang (250), Putatan (232), Kudat (232), Papar (259), Kota Belud (129), Kunak (129), Keningau (110), Ranau (60), Kinabatangan (50), Beaufort (42), Kota Marudu (44) dan Tambunan juga dengan 44 kes.

Di Semenanjung, daerah Petaling mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 589 kes, diikuti Seremban dengan 334 kes.

Antara lain adalah daerah Timur Laut, Pulau Pinang (271), Hulu Langat (247), Kota Setar (259), Seberang Perai Selatan (270), deaeah Klang (184), Sepang (159), Gombak (125), Kuala Langat (130), Larut Matang Selama (70), Titiwangsa (66), dan Labuan (249).

Bagaimanapun, dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang kini mencatat jumlah positif Covid-19 terendah dan menghampiri negeri pada zon hijau.

Kedah mencatatkan tiga kes positif Covid-19 sementara Pahang dua kes positif Covid-19 iaitu di Temerloh.

Perlis bagaimanapun masih mengekalkan status negeri hijau apabila tiada kes positif Covid-19 direkodkan selama 14 hari berturut-turut.

Johor masih mencatatkan sejumlah 43 kes positif Covid-19 dengan Johor Bahru menghampiri zon merah dengan 34 kes sementara Terengganu 11 kes.

Semua daerah di Melaka kini dikategorikan sebagai zon kuning apabila 34 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga semalam.

Sementara 144 kes positif Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 22 kes di Putrajaya. – MalaysiaGazette