Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengesahkan bantuan ekonomi Covid-19 hanya akan diberikan selepas pilihan raya selesai pada 3 November ini.

“Selepas pilihan raya, kami akan memberikan anda pakej rangsangan terbaik yang anda pernah lihat,” katanya kepada pemberita di White House sebelum berlepas untuk berkempen.

Trump dan Speaker Dewan Pewakilan Nancy Pelosi saling menyalahkan satu sama lain kerana gagal meluluskan satu lagi pakej rangsangan bernilai sekitar AS$2 trilion untuk membantu rakyat Amerika menghadapi pandemik.

“Kita selalu bercakap mengenai pakej rangsangan tersebut kerana rakyat perlukannya tetapi Nancy Pelosi hanya berminat untuk menyelamatkan negeri-negeri dan bandar yang tidak diuruskan dengan baik serta banyak kes jenayah yang ditadbir oleh Parti Demokrat,” kata Trump.

Manakala Pelosi pula memberitahu Ketua Staf Presiden Trump, Mark Meadow menegaskan, kerajaan tidak akan mengawal pandemik.

“White House dan Ketua Majoriti Senat, Mitch McConell enggan dan pada Ahad, Mark Meadows memberitahu alasannya,” katanya kepada ahli Parti Demokratik.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast