Foto Facebook Shahrir Samad.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyindir pemimpin dalam parti yang dilantik memegang jawatan namun bersikap berlagak daripada pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, padahal pemimpin tertinggi parti seperti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan kekal tenang walaupun dilantik atas kapasiti pilihan akar umbi.

“Minum petang tadi (semalam) dengan YB Dato Mohamed Hassan, Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Timbalan Presiden UMNO pun dipilih olih ahli parti.

“Bukan jawatan Presiden sahaja. Dan ada lagi naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap UMNO. Semua dipilih olih ahli parti. Ada mandat.

“Tapi yang songsangnya keadaan sekarang, orang yang dilantik berlagak lebih dari mereka yang dipilih.

“Anyway, Tok Mat Hassan relax je. Saya pun tumpang relax,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam sambil memuat naik gambar Mohamad.

Hantaran Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu telah menimbul spekulasi apabila apabila ada netizen yang memetik nama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebagai pemimpin yang dilantik dan berlagak.

Annuar sebelum ini dilantik Setiausaha Agung UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional.

Ahli Parlimen Ketereh itu tewas kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Jun 2018. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Org yang buat kerja utk rakyat pun dikatakan berlagak. Mmg jenis sesama bangsa suka jadi ketam dalam bakul.

  2. Apa makna ahli pilih pemimpin parti dalam mesyuarat pemilihan.
    Sama lah macam kerajaan pengkhianat sekarang.
    Yang kalah jadi pemimpin.
    Yang menang diketepikan.

    Rosak demokrasi

  3. Yang menang MengKHIANATI MANDAT RAKYATT dan MANIFESTO PRU 14…ISTILAH MUNAFIK
    Yang kalah datang memperbaiki selepas 22bulan dirobeki dan diratabi bila AKU JADI PM

  4. Itulah akibatnys bila kuasa melantik tiada di tangannya president parti sebaoiknya president parti lain yg mencorakan parti sendiri… Itu pun masih belum sedar,, apa punya pandai yg Ada jika tidak sebaliknya

  5. Udah2 lah main politik, jatuh lenjatuh sesama sendiri..now is fokus kpd ngra, rakyat, agama, supya musuh islam, politik n bangsa dapt kita hapuskn n tewaskan dlm ngra kita ini..#tolakDAPkafirharbi

  6. Semua ujian Allah swt. ditarik nikmat kuasa. diberi ujian berkuasa. namun semuanya lupa. masing² bila dipinjamkan kuasa, bermaharaja lela. Tiada keinsafan. saling menunjukkan kuasa. semoga Allah swt kurniakan hidayah kpd pemimpin Malaysia utk lebih bertanggungjawab.

Comments are closed.