TERKINI : Kerjasama Masyarakat Perlu Untuk Mantapkan Penyampaian – ACP Razali Abu Samah

Ini kali pertama saya diberi amanat sebagai Ketua Polis Daerah iaitu Serdang, dan saya sedar tugas baharu yang menanti saya ini sangat mencabar”.

Demikian reaksi Asisten Komisioner Razali Abu Samah yang dilantik sebagai Ketua Polis Serdang menggantikan ACP Ismadi Borhan dalam majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang di sini dihadiri Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Noor Azam Jamaluddin.