Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 50% untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan antara bandar bermula hari ini hingga 9 November.

Diskaun itu bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan antara bandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Ketika ini kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar. – MalaysiaGazette