Sejarah ITM (sekarang UiTM) awal 1970an hingga 1975, menyaksikan graduan yang cukup hebat dan ramai berjaya dalam pelbagai bidang.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengurangkan yuran konvokesyen sesi ke-92 bagi para graduan semua pengajian diploma dan ijazah termasuk PhD susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dalam kenyataan di sini, UiTM berkata, pengurusan tertinggi universiti itu memberi pengurangan yuran sesi konvokesyen yang akan diadakan secara Janji Temu sebanyak RM40.

Sebelum ini, yuran konvokesyen pada setiap sesi yang dikenakan adalah antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.

Kini graduan hanya perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja.

Penganugerahan diploma dan ijazah secara Janji Temu itu akan diadakan dalam norma baharu yang dijadual semula pada 1 Disember 2020.

Sehubungan itu, graduan diminta mengisi dan mendaftar semula tarikh yang baharu melalui Sistem Janji Temu baharu yang dibuka sejak 26 Oktober hingga 8 November ini. – MalaysiaGazette