Bendera China

BEIJING – China perlu lebih banyak bergantung kepada diri sendiri dalam teknologi sebagai faktor utama dalam menguruskan persekitaran antarabangsa yang terlalu cepat berubah.

Menteri Sains dan Teknologi, Wang Zhigang berkata, China telah memasuki satu fasa pembangunan baharu yang mana ia memerlukan satu konsep terkini.

“Ini merupakan kali pertama pelan pembangunan lima tahun menyediakan satu bab khusus dalam teknologi,” katanya semasa sidang media bagi memberi butiran terperinci berhubung pelan pembangunan masa hadapan negara tersebut.

Namun begitu, Wang berkata, penggantungan kepada diri sendiri itu tidak bermakna China harus menutup pintunya kepada dunia luar.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara dalam isu perubahan iklim, perubahan tenaga, kesihatan awam dan menyokong pakar-pakar global dalam kajian mereka.

“Kami juga bersedia menyiapkan undang-undang alam sekitar, melindungi hak harta intelek dengan lebih baik serta mencipta persekitaran yang lebih mesra untuk inovasi teknologi di negara ini,” tambahnya. – Agensi